• Penerjun Russia Maut Di Himalaya

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+

    KATHMANDU: Atlet sukan ekstrem Russia yang terkenal dengan aksi terjunan bebas bagi memecah rekod maut ketika melakukan aksi berkenaan di Himalaya, hari ini.

    Penganjur ekspedisi berkenaan di Nepal berkata, Valery Rozov, 52, yang dikenali sebagai atlit nekad, mahu melengkapkan misi terjunan 'tujuh puncak' gunung tertinggi di tujuh benua.

    Beliau dalam percubaan terjun dari gunung Ama Dablam setinggi 6,812 meter terletak di wilayah Everest ketika tragedi malang itu berlaku.

    "Rozov meninggal dunia dalam perjalanan turun dari puncak berkenaan pada Sabtu," kata penganjur ekspedisi dari Seven Summits Club, Mingma Gelu Sherpa pada AFP.

    "Kami menghantar sebuah helikopter untuk membawa turun mayatnya," katanya namun tidak jelas bagaimana kemalangan berlaku.

    Rozov berjaya memecah rekod baharu dunia pada 2013 menerusi aksi terjun dari Changstse, salah satu puncak Everest dengan ketinggian 7,220 meter menggunakan sayap yang direka khas.

    Tiga tahun lalu, beliau sekali lagi berjaya memecahkan rekod peribadi dengan melakukan terjunan dari Gunung Cho Oyu setinggi 7,700 meter.

    Sukan ekstrim terjun dianggap merbahaya kerana memerlukan penerjun melompat dari curam, jambatan dan sebarang platform sebelum mengaktifkan payung terjun. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Penerjun Russia Maut Di Himalaya "