• Penduduk Sarikei Harus Memanfaatkan Setiap Peluang Disediakan Kerajaan

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+

    SARIKEI: Bajet Negeri 2018 yang dibentang Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas merupakan bajet yang perlu dimanfaat seluruh rakyat Sarawak.

    Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo menjelaskan, penduduk Sarikei khasnya perlu memahami bajet tersebut dan menterjemahkan ia kepada kualiti kehidupan masyarakat pada masa akan datang.

    "Contohnya, Ketua Menteri mahu seluruh rakyat menerap budaya digital dalam kehidupan untuk kemajuan rakyat sendiri.

    "Oleh yang demikian penduduk Sarikei tidak seharus melihat isu tersebut sebagai remeh tetapi ia memerlukan penglibatan penduduk itu sendiri," katanya.

    Jelasnya, Sarikei dipilih sebagai perkampung agro yang menggunakan konsep ekonomi digital dan peluang penduduk untuk meningkat taraf hidup begitu cerah terutama dalam bidang pertanian.

    "Anak muda digalak mengguna ekonomi digital sebagai medium untuk menggembangkan bakat, kreativiti dan terus mempelajari bidang yang berkaitan agar mampu mentransformasi kehidupan pada masa akan datang.

    "Penuntut sekolah seharusnya didedah terlebih awal dan memperbanyakkan latihan berkaitan digital." ujarnya.

    Sehubungan itu, bajet 2018 turut memfokuskan kepada menaiktaraf infrastruktur seperti Pusat Inovasi Sarikei, Pusat Pengumpulan Hasil Tanaman, ICT, media dan jalanraya mahupun udara.

    "Dengan tersedianya fasiliti tersebut akan memudah dan meningkatkan jaringan perhubungan Sarikei dan dunia luar.

    "Justeru penduduk Sarikei harus memanfaat setiap peluang yang tersedia agar ekonomi penduduk akan meningkat dan mampu memacu Sarawak sebagai negeri maju pada tahun 2030," jelasnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Penduduk Sarikei Harus Memanfaatkan Setiap Peluang Disediakan Kerajaan "