• Penduduk Hulu Baram Harus Bersedia Hadapi Impak Ekonomi Digital - Abg Jo

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    MIRI: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berharap penduduk di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Hulu Baram bersedia dengan impak ekonomi digital termasuk pembinaan Jambatan Marudi yang akan memulakan pembinaan tahun depan.

    Menurutnya, Jambatan Marudi yang merentangi Batang Baram bukan sahaja menggalakkan hubungan terus dari Miri ke kawasan pendalaman malah ia turut akan menambah bilangan pelancong datang ke kawasan berkenaan kelak.

    Jelas beliau, dengan terbinanya jambatan itu kelak penduduk luar bandar terutama di Hulu Baram diseru supaya menjadi lebih kreatif bagi menarik pelawat datang ke kawasan mereka dan memasarkan produk-produk menerusi ekonomi digital.

    “Hari ini kalau mahu mempromosikan pelancongan perlu melakukannya dengan cara digital, sama ada menggunakan virtual reality (VR) atau augmented reality (AR) agar Miri dipromosikan di laman sosial, lebih menampakkan Miri seperti rupanya sebenar dan inilah cara baharu kita menarik pelawat datang ke sini.

    “Dengan memanfaatkan media sosial termasuk memuatnaik dan memperkenal kepada dunia, kita boleh letakkan berapa harga ‘produk’ pelancongan.

    “Inilah budaya baharu dalam kehidupan kita yang tidak dapat dielakkan. Sama ada kita suka atau tidak, kita tidak dapat menafikan sebaliknya kita perlu mengaturnya agar memberi impak positif kepada ekonomi,” katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Penduduk Hulu Baram Harus Bersedia Hadapi Impak Ekonomi Digital - Abg Jo "