• Pendakwa Raya Kes Catalonia Meninggal Dunia

    Published: Sunday, 19 November 2017
    A- A+

    BUENOS AIRES: Pendakwa raya kanan Sepanyol, Jose Manuel Maza, yang mengetuai kes membabitkan krisis pemisahan Catalonia, meninggal dunia secara mengejut semalam ketika lawatan kerja ke Argentina.

    Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy mengesahkan berita itu di Twitter.

    Ketua pendakwa raya persekutuan Sepanyol itu baru saja mengisi jawatan berkenaan kurang setahun lalu.

    Baru-baru ini, beliau mengetuai pertuduhan terhadap lapan dari 14 anggota pemerintahan wilayah yang disingkirkan di Catalonia.

    Mereka didakwa melakukan hasutan untuk mendapatkan kemerdekaan dari persekutuan Sepanyol tanpa mengikut perlembagaan.

    Difahamkan Maza tidak sihat ketika melakukan perjalanan, dan terus di bawa ke bilik kecemasan di Buenos Aires sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pendakwa Raya Kes Catalonia Meninggal Dunia "