• Pemuda Tawar Kereta Percuma Untuk Ulang Alik Ke Hospital

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    PASIR MAS: Seorang pemuda menawarkan perkhidmatan kereta percuma kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan warga emas yang tidak berkemampuan untuk berulang alik ke hospital.

    Wan Muhiddin Asyrafi Wan Baharunddin, 26, berkata, perkhidmatan kereta percuma itu baharu sebulan beroperasi di negeri ini merangkumi kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pasir Mas.

    Menurutnya, kenderaan yang digunakan bagi melaksanakan perkhidmatan tersebut adalah sumbangan sahabatnya Muhammad Allif Ibrahim, 22.

    "Muhammad Allif merupakan individu yang menggerakan perkhidmatan kenderaan percuma untuk golongan kurang berkemampuan berulang alik ke hospital di Seremban, Negeri Sembilan.

    "Ini merupakan kali pertama perkhidmatan kenderaan percuma wujud di negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita di Tendong hari ini.

    Orang yang berminat mendapatkan khidmat kenderaan percuma itu boleh menghubungi talian 013-9701934. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Pemuda Tawar Kereta Percuma Untuk Ulang Alik Ke Hospital "