• Pemuda 23 Tahun Menyesal Nikahi Nenek 91 Tahun Gara-Gara Tidak Dapat Tuntut Wang Pencen

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+


    Seorang lelaki yang berasal dari Argentina bernama Mauricio Ossola (23) telah menikahi wanita bernama Yolanda Torres (91) tahun.

    Disiarkan oleh Mirror, Ossola merasa menyesal setelah berkahwin dengan Torres 14 bulan sebelum Torres disahkan meninggal dunia kerana penyakit yang dihidapinya.

    Dikatakan sebelum berkahwin lelaki ini mengaku menyayangi Torres seperti pasangan bercinta .

    Perkara yang dikesali oleh Ossola adalah dia tidak boleh menuntut pencen bulanan Montana. Perkhidmatan Sosial di Argentina menolak tuntutan itu kerana tiada jiran yang tahu mengenai perkahwinan mereka.

    Perkahwinan kedua-duanya baru diketahui ketika Ossola menuntut pencen kematian Torres. Sebelum ini, Torres mengatakan bahawa tidak mahu orang lain mengetahui perkahwinan mereka itu. Torres memang tidak berniat mengundang seorang pun jirannya.

    Diketahui, ketika menikahi Torres, Ossola masih menuntut dalam bidang pendidikan undang-undang di sebuah perguruan tinggi. Torres juga yang membiayai kos pendidikan Ossola dengan menggunakan wang pencennya.

    Disebabkan tindakan Perkhidmatan Sosial itu, Ossola diketahui akan membuat tuntutan mahkamah supaya mendapat hak wang pencen arwah isterinya tersebut.-suaratv

    Subjects:

  • No Comment to " Pemuda 23 Tahun Menyesal Nikahi Nenek 91 Tahun Gara-Gara Tidak Dapat Tuntut Wang Pencen "