• Pemimpin Muda Perlu Bimbingan Senior

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+
    Seperti kebiasaan wakil pembangkang Sarawak pasti mempersoal setiap perbahasan yang di bentang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

    Dalam persidangan semalam, ADUN DAP- Kota Sentosa Chong Chieng Jen menggamat DUN dengan sorakan berkaitan umur lanjut pemimpin Saberkas yang dikategori sebagai bukan di kalangan pemuda.

    Bagaimana pun ADUN BN-Asajaya Datuk Karim Rahman Hamzah menjawab soalan tersebut dan menyatakan dalam kepimpinan Saberkas terdapat 30 peratus sahaja yang berumur lebih daripada 40 tahun.

    Menurut Karim, ia adalah perlembagaan Saberkas dan terpulang pertubuhan untuk mentadbir urus serta menentukan siapa yang menjadi pemimpin golongan muda walaupun umur melebihi 40 tahun.

    Beliau berkata, ada baiknya pemimpin senior dilantik sebagai ketua bagi membimbing anak muda untuk memimpin pertubuhan pada masa akan datang. 

    “Justeru tidak timbul isu umur dalam kepimpinan pertubuhan kerana agenda pergerakan pertubuhan adalah lebih utama,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Pemimpin Muda Perlu Bimbingan Senior "