• Pemimpin dunia bersatu bidas Pyongyang

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    SEOUL: Pemimpin dunia sebulat suara mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Korea Utara yang mendarat dekat dengan laut Jepun, hari ini.

    Pelancaran itu adalah yang terbaru selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada awal bulan ini mengisytiharkan Korea Utara sebagai negara penaja keganasan.

    Presiden Korea Selatan Moon Jae-in hari ini berkata beliau mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran peluru berpandu ICBM, dan menyeru masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan dan sekatan terhadap Pyongyang.

    Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata, beliau menyifatkan ujian ICBM dilancarkan Korea Selatan perlu dihentikan dan memberikan tekanan lebih besar terhadap Pyongyang.

    "Saya mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik dan berazam meningkatkan tekanan terhadap Pyongyang dan perpaduan antara rakan sejawatan kami," kata Macron dalam Twitter.

    Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berkata, pelancaran peluru berpandu Korea Utara adalah satu 'tindakan keganasan' dan 'tidak boleh bertolak ansur'.

    Pada masa sama, beliau menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan persidangan tergempar.

    "Kita tidak akan menyerah kalah atas sebarang tindakan provokatif dan akan memaksimumkan tekanan terhadap Pyongyang," kata Abe kepada pemberita.

    Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, hari ini turut menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah baharu untuk menekan Pyongyang menghentikan program pembangunan senjata nuklear.

    "Masyarakat antarabangsa perlu mengambil langkah baharu bagi meningkatkan keselamatan maritim, termasuk menyekat laluan maritim ke Korea Utara," katanya dalam satu kenyataan. - Reuters/AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pemimpin dunia bersatu bidas Pyongyang "