• Pembunuh Anak Akhirnya Dibunuh Di Penjara

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+


    SEORANG lelaki yang membunuh bayinya yang baru berusia dua hari disebabkan anaknya itu tidak berhenti menangis, telah menerima nasib sama apabila dia dibunuh di dalam penjara.

    Liam Deane, 22, yang masuk penjara sejak sebulan lepas, telah dibunuh oleh banduan lain dikenali sebagai John Westland, 28.

    Susulan itu, John akan didakwa dengan tuduhan membunuh.

    Liam membunuh anaknya itu, Luna, disebabkan bayi berkenaan tidak berhenti menangis selepas ibunya meninggalkan Luna dengan bapanya untuk membolehkan dia tidur sekejap di tingkat atas rumah mereka di West Yorkshire.

    Ternyata Liam hilang sabar hinggakan tubuh Luna dipenuhi dengan kecederaan. Dia kemudiannya memaklumkan bayi itu terjatuh.

    Liam juga memaklumkan bahawa bayi itu sukar bernafas dan ketika ambulans tiba, muka Luna bengkak serta lebam.

    Bayi itu dibawa ke hospital dan meninggal dunia akibat kecederaan otak. Liam hanya mengaku perbuatannya itu ketika disoal oleh polis.

    Dia mengaku menumbuk muka bayi itu, memicit badannya dan menggoncang Luma. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pembunuh Anak Akhirnya Dibunuh Di Penjara "