• Pembuli Siber Berdepan Akta Hasutan

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+


    Kerajaan belum mempunyai perancangan untuk menambah baik Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata perundangan sedia ada cukup untuk menangani kesalahan yang dilakukan penjenayah siber.

    Setakat ini, hukuman yang dikenakan masih sama iaitu denda sebanyak RM50 ribu dan penjara tidak melebihi setahun.

    “SKMM juga sentiasa menjalankan penyiasatan di bawah akta sedia ada dan tindakan adalah berteraskan prosedur undang-undang seksyen 211 dan 233 akta 588 seperti menyalahgunakan internet, menggunakan media sosial untuk menyebarkan andungan bersifat lucah, mengecam, jelek dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Merbok, Prof Dr Ismail Daut di Dewan Rakyat, Isnin.

    Terdahulu, Ismail meminta kementerian menyatakan berapakah jumlah kes kesalahan di bawah akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang tercatat sepanjang tahun dan adakah kerajaan bercadang untuk menambah baik akta tersebut.

    Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Jailani berkata sehingga 30 Spetember 2017, sebanyak 269 kes buli siber sudah disiasat.

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 peratus atau 146 kes disiasat di bawah seksyen 233, dan 56 kertas siasatan dibuka dan bakal diemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

    “Kalau ada kekangan, tindakan sewajarnya boleh diambil di bawah undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Hakcipta dan lain-lain,” kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " Pembuli Siber Berdepan Akta Hasutan "