• Pembukaan Sempadan Tebedu-Entikong Beri Banyak Mafaat

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Pembukaan semula sempadan Tebedu-Entikong akan memberi banyak manfaat kepada komuniti yang berada di sekitar kawasan kedua-dua negara.

    "Secara prinsipnya, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dan saya telah bersetuju agar kawasan sempadan Tebedu-Entikong dibuka semula setelah Perjanjian Rentas Sempadan (BCA) dan Perjanjian Perdagangan Antarabangsa (BTA) diperbaharui serta dan dimeterai kedua-dua negara," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Memetik laporan Utusan Borneo, perdana menteri memberitahu terdapat permintaan yang sama di kawasan sempadan Sabah dan Kalimantan yang sama juga tertakluk kepada BCA dan BTA yang akan diputuskan tidak lama lagi.

    "Berhubung perkara yang sama, kita juga telah bersetuju supaya diadakan kajian bersama antara Malaysia dan Indonesia mengenai potensi kawasan persempadanan.

    "Ia bagi membolehkan kita membangunkan kawasan sempadan secara bersepadu agar memberi manfaat kepada Malaysia dan Indonesia, yang melibatkan soal pertanian bernilai tinggi selain bidang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan sebagainya dibangunkan," tegas beliau. 

    Dalam pada itu, perdana menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Indonesia serta presidennya atas keprihatinan mereka menangani masalah jerebu. - Sarawakiana 

    Subjects:

  • No Comment to " Pembukaan Sempadan Tebedu-Entikong Beri Banyak Mafaat "