• Pembinaan Jambatan Bako, Laluan Bawah Tanah Bulatan Abang Kipali Berjalan Lancar

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Projek Jambatan Bako dan laluan bawah tanah Bulatan Abang Kipali Abang Akip berjalan lancar, kata Menteri Muda Jalan Persisir Datuk Julaihi Narawi.

    Menurutnya, dua projek tersebut adalah dibawah kerajaan negeri dan pembinaannya dijangka siap pada tahun depan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, projek laluan bawah tanah Bulatan Abang Kipali Abang Akip yang bernilai RM67 juta adalah dibiayai kerajaan negeri dijadualkan siap pada 19 Januari 2018.

    "Projek tersebut sudah 83% siap dan dijangka akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Petra Jaya.

    "Mereka (kontraktor) menyasarkan untuk menyiapkan projek masing-masing lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan," katanya.

    Tambanya, kementerian gembira dengan tahap pelaksanaan kedua-dua projek berkenaan yang berjalan dengan baik dan komitmen tinggi kontraktor untuk menyiapkan projek tersebut.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pembinaan Jambatan Bako, Laluan Bawah Tanah Bulatan Abang Kipali Berjalan Lancar "