• Pembedahan Nipiskan Bibir Jadi Trend Di Asia

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+


    KETIKA wanita di barat berebut untuk mendapatkan bibir tebal seperti Kylie Jenner, wanita di Asia pula sebaliknya.

    Mereka sanggup menjalani pembedahan untuk menipiskan bibir. Kini pembedahan menipiskan bibir semakin terkenal di Asia dan prosedur itu mengambil masa antara 15 hingga 30 minit.

    Bahagian dalam bibir akan dipotong untuk kelihatan nipis dan dijahit. Jahitan itu akan dibuang dalam masa seminggu.

    Kos untuk menipiskan bibir itu adalah RM8,000.

    Menurut pakar bedah Thailand, Nuttae Nuttapon, di Amerika Syarikat, wanita yang menjalani pembedahan pembesaran bibir telah meningkat 50 peratus, namun keadaan berbeza di Asia.

    Ini kerana orang Asia sukakan bibir nipis. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pembedahan Nipiskan Bibir Jadi Trend Di Asia "