• Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Sarawak Guna IBS

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+
    gambar fail sekolah IBS di Sarawak
    KUCHING: Sekolah daif di Sarawak akan dibangunkan semula menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

    Memetik laporan Bernama, sebanyak 50 buah sekolah akan dibaik pulih menggunakan kaedah tersebut.

    Dalam kenyataan Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat semalam, jumlah berkenaan melibatkan 20 projek pada 2016 dan 30 projek pada 2017.

    “Selain itu, sebanyak 109 buah sekolah daif di Sarawak juga telah dibaik pulih menggunakan peruntukan yang disalurkan Kementerian Pendidikan dan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri,” jelas kenyataan tersebut.

    Kenyataan tersebut adalah jawapan kepada soalan oleh Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) berhubung langkah yang diambil kementerian terbabit untuk membantu sekolah daif di Sarawak terutamanya di Bintulu.

    Mengulas lanjut kementerian tersebut menjelaskan antara sekolah yang akan dibaik pulih di Bintulu adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Tisang, Sekolah Kebangsaan Batu 18 dan Sekolah Kebangsaan Tatau. -Sarawakiana.
  • No Comment to " Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Sarawak Guna IBS "