• Pembangunan Prasarana Di Sebauh Akan Terus Dilaksana

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+

    BINTULU: Kerajaan dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus melaksanakan setiap pembangunan prasarana serta infrastruktur khususnya di Daerah Sebauh dekat sini dalam usaha memberikan keselesaan kepada penduduk dan masyarakat setempat.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Menteri Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, projek ini bukan sesuatu yang mudah namun pihaknya akan terus memastikan ia dilaksanakan secara berperingkat dari masa ke semasa.

    Jelas beliau, bagi tujuan itu, adalah menjadi tugas ketua-ketua masyarakat khususnya Tuai Rumah supaya sentiasa peka akan program pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan masing-masing bagi memastikan penduduk kampung atau rumah panjang sentiasa bersedia dengan sesebuah projek itu bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

    Oleh yang demikian, adalah yang sebaiknya, semua ketua masyarakat mesti menjalinkan kerjasama erat dengan Pejabat Daerah masing-masing supaya mereka dapat mengetahui maklumat semasa tentang rangka program pembangunan yang dirancang buat mereka supaya ianya dapat memberikan manfaat buat setiap penduduk sekali gus membolehkan mereka menikmati kesenangan serta keselesaan

    Mengulas lanjut, Rundi berkata pada ketika ini, Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) fasa pertama yang dilaksana di kawasan Binyo dan fasa kedua (masih di peringkat kajian) dan bakal dilaksanakan di kawasan Sungai Sigu menjadi bukti kerajaan komited membangunkan kawasan pedalaman di negeri ini secara berperingkat-peringkat.

    “Kita semua maklum bahawa pelaksanaan sesebuah projek pembangunan infrastruktur juga prasarana ini bukan satu tugas mudah kerana ia akan dilaksana dari semasa ke semasa demi keselesaan rakyat khusus penduduk kawasan luar bandar,” lapor akhbar tersebut.

    Beliau yang berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Projek Bekalan Elektrik, Simpang Masuk Ke Rumah Panjang dan Rumah Stor Biro Wanita Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Gani Lansam di Sungai Sebangat, Jalan Sebauh-Bintulu, dekat sini semalam.

    Justeru, sokongan berterusan daripada rakyat kawasan Sebauh kepada kerajaan BN akan membolehkan lebih banyak lagi peruntukan sama ada dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk membangunkan Daerah Sebauh yang merupakan kubu kuat BN dari masa ke masa.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pembangunan Prasarana Di Sebauh Akan Terus Dilaksana "