• Pembangunan Luar Bandar Diteruskan Dalam Bajet Negeri 2018

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Bajet 2018 menggambarkan kerajaan negeri meneruskan agenda Tok Nan untuk membangunkan kawasan luar bandar.

    "Ia amat inklusif kepada semua rakyat di negeri ini," kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

    Menurut beliau, ia menggambarkan komitmen kerajaan negeri meneruskan agenda Tok Nan yang memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar.

    "Pada masa yang sama, Bajet Negeri 2018 juga merangkumi tiga komponen penting iaitu bajet cenderung ke arah pembangunan ekonomi digital sebagai tonggak utama transformasi Sarawak," katanya menurut laporan Utusan Borneo.

    Jelasnya, bajet negeri itu merupakan bajet terbesar berbanding negeri lain di Malaysia.

    "Adalah amat membanggakan kerana Sarawak mempunyai rizab yang lebih besar berbanding negeri lain iaitu RM30 bilion," tegas beliau. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pembangunan Luar Bandar Diteruskan Dalam Bajet Negeri 2018 "