• Pembangkang Tidak Serius Memperjuang MA63

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+
    Untuk mengembalikan hak-hak Sarawak kembali, kerajaan BN Sarawak harus mengemukakan fakta sebenar dan perlu mendapat sumber Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada pihak yang berkaitan. Oleh yang demikian kerajaan Sarawak mengambil langkah bijak menghantar barisan peguam ke London untuk mengkaji sedalam-dalamnya intipati perjanjian tersebut.

    Ia bukanlah perkara yang boleh diusul sembarangan tanpa fakta sebenar dan perlu difahami agar proses mengembalikan hak Sarawak berjalan lancar.

    Disebalik kerajaan mengambil langkah merujuk dan mengkaji MA63 di London. Pemimpin pembangkang dari Semenanjung mengecam usaha kerajaan Sarawak.

    Persoalannya kenapa pemimpin pembangkang menentang usaha kerajaan negeri mengkaji M63 di London sedangkan pembangkang atau Pakatan Harapan turut menyenarai isu MA63 sebagai agenda memperjuang hak Sarawak pada sesi ceramah politik mereka.

    Benarkah PH ikhlas nak mengembalikan hak Sarawak sedangkan apa yang diusahakan oleh kerajaan negeri ditentang habis-habisan seakan mereka ingin menggagalkan usaha kerajaan yang terbuka membincang isu tersebut bersama kerajaan pusat.

    Atau, PH membangkit isu memperjuangkan hak Sarawak hanya retorik politik yang bertujuan untuk meraih sokongan rakyat semata-mata.

    Jika didalami apa yang dilakukan PH ternyata tujuan memperjuang hak Sarawak hanya janji seumpama melepas batuk ditangga dan tidak ikhlas kerana PH hanya berkiblat untuk menghasut minda rakyat agar terus keliru dan kepentingan politik memihak kepada PH. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Tidak Serius Memperjuang MA63 "