• Pemandu Gagal Brek, Penunggang Motor ‘Terbang’

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    Tular sejak Ahad lalu menerusi laman sosial mengenai rakaman video aksi penunggang motosikal cedera selepas terlibat dalam kemalangan berantai di Lebuhraya Tampines (TPE), Singapura.

    Menerusi video berdurasi kurang daripada seminit itu, nahas ngeri tersebut bermula apabila sebuah kereta datang daripada arah belakang gagal membrek selepas teksi warna kuning di hadapannya memperlahankan kenderaan.

    Difahamkan, kejadian tersebut telah melibatkan tiga motosikal dan juga dua buah kereta termasuk teksi berkenaan.

    Berdasarkan rakaman yang menular itu, kegagalan kereta berkenaan membrek telah mengakibatkan dua daripada tiga penunggang terbabit mengalami kecederaan dalam kemalangan berkenaan.

    Dalam pada itu, rakaman video berdurasi 47 saat tersebut telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.

    Video yang tular itu sehingga kini dilihat telah mendapat lebih daripada 8,000 tontonan menerusi laman Youtube.– MYNEWSHUB.CC/AM

    Subjects:

  • No Comment to " Pemandu Gagal Brek, Penunggang Motor ‘Terbang’ "