• Pelumba Drag Berusia 8 Tahun Maut

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+

    SYDNEY: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika mengendalikan kereta drag miliknya.

    Menurut polis, Anita Board melanggar penghadang simen di hujung sebuah litar di Perth, ketika menjalani latihan menggunakan kenderaan drag miliknya, 'Pony Power'.

    Polis dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak perempuan itu dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia, semalam.

    "Tragik, kanak-kanak perempuan terbabit dengan satu kemalangan di litar Kwinana Motorplex maut akibat kecederaan dialaminya," kata kenyataan itu sambil menambah polis sedang menyiasat punca nahas.

    Bapa mangsa, Ian dalam kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebook milik keluarga, berkata, 'hatinya hancur berderai' susulan kejadian itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pelumba Drag Berusia 8 Tahun Maut "