• Pelumba Afrika, Vietnam Mungkin Sertai Saribas MTB XC Challenge

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+


    DEBAK: Bertemakan 'Juh Ngohet Sikai', Saribas MTB XC Challenge edisi keempat kembali tidak lama lagi.

    Program yang bakal menyaksikan penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam melakukan 'rolling start' bersama peserta akan diadakan pada 9 hingga 10 Disember 2017.

    "Menariknya acara ini terbuka. Kelebihan ini membolehkan pihak kami menarik enam peserta dari negara Brunei Darussalam," kata koordinator kejohanan, Saiful Hanizam Suhaini.

    Tambahnya, berkemungkinan akan ada penyertaan dari negara Afrika dan Vietman tahun ini.

    "Kali ini, kami mensasarkan lebih banyak penyertaan dari luar negeri Sarawak dan antarabangsa.

    "Penganjur tahun ini menawarkan hadiah sebanyak RM12,000 berbanding RM11,000 tahun lepas," ujarnya.

    Menurut Saiful, pendaftaran penyertaan akan dibuka dari 8 November hingga 8 Disember 2017.

    Jelasnya, bagi yang berminat untuk menyertai cabaran ini, bolehlah menghubungi Zul KSRLL 016-8001690, Nazri KSRLL 012-7255537 (inap desa) dan Amirul KSRLL 011-16087475. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Pelumba Afrika, Vietnam Mungkin Sertai Saribas MTB XC Challenge "