• Pelan tiga fasa selesaikan krisis Rohingya

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+


    SHANGHAI: China mencadangkan pelan tiga fasa bagi menyelesaikan krisis Rohingya, bermula dengan gencatan senjata, yang disokong Myanmar dan Bangladesh, kata Kementerian Luar.

    Lebih 600,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak lewat Ogos lalu susulan operasi ketenteraan di negeri Rakhine, utara Myanmar.

    Penderitaan etnik itu membangkitkan kemarahan antarabangsa.

    Melawat ibu negara Myanmar, Naypyitaw, Menteri Luar China, Wang Yi, berkata negaranya percaya isu itu boleh ditangani dengan penyelesaian yang diterima Myanmar dan Bangladesh menerusi rundingan.

    Gencatan senjata perlu disusuli dengan dialog dua hala untuk mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan, lapor laman web kementerian semalam.

    Fasa ketiga dan terakhir perlu berfungsi untuk penyelesaian jangka panjang.

    Wang berkata, gencatan senjata secara asasnya sudah dilaksanakan dan kuncinya kini adalah menghalang ketegangan.

    Beliau berharap kedua-dua pihak akan menandatangani dan melaksanakan perjanjian yang sudah dicapai untuk proses penghantaran pulang pelarian. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Pelan tiga fasa selesaikan krisis Rohingya "