• Pelajar Perlu Terlibat Sama Dalam Ekonomi Digital

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri yang memberi penekanan khusus kepada ekonomi digital ketika ini menuntut setiap rakyat untuk terlibat sama termasuk pelajar sekolah.

    Menurut Menteri Muda Utiliti, Dr Abdul Rahman Junaidi, adalah penting untuk golongan pelajar mengetahui mengenai dasar yang diperkenalkan kerajaan bagi membolehkan mereka merebut peluang yang disediakan.

    Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, peluang kerjaya pada masa depan semakin mencabar, jadi generasi muda terutama pelajar lepasan sekolah perlu sentiasa mengikuti perkembangan pembangunan negeri.

    "Kita boleh lihat sekarang, dasar kerajaan menumpukan pembangunan negeri ke arah ekonomi digital dalam tempoh 10 tahun akan datang.

    "Jadi, anak muda terutama pelajar perlu sentiasa peka dan mengetahui mengenai dasar yang dilaksana serta diperkenalkan kerajaan," katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2017 di SMK Tun Abang Haji Openg hari ini.


    Dr Abdul Rahman mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis tersebut.

    Menurutnya lagi, golongan pelajar juga perlu bijak memilih kursus pengajian selepas tamat persekolahan.

    "Selepas tamat sekolah, pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan pengajian atau terus bekerja," ujarnya.

    Pada majlis tersebut, seramai 99 pelajar menerima sijil graduasi dan anugerah khas lain.-Sarawakiana










  • No Comment to " Pelajar Perlu Terlibat Sama Dalam Ekonomi Digital "