• Pelajar Hilang Di Sungai Rajang

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+

    KANOWIT: Seorang pelajar dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Rajang di pangkalan pekan Kanowit, di sini, hari ini.

    Ketika kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Danny Manggie, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kanowit, sedang menangkap ikan bersama beberapa rakan.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.18 tengah hari tadi.

    Beliau berkata, sebuah jentera dengan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit dikerah ke tempat kejadian.

    "Selepas mendapatkan maklumat kejadian daripada rakan mangsa, operasi mencari dan menyelamat dimulakan pada jam 1.30 tengah hari.

    "Pencarian dilakukan di permukaan air di lokasi terakhir mangsa dilihat," katanya.

    Bagaimanapun, difahamkan sehingga jam 4 petang ini, mangsa masih belum ditemui. - BHOnline
  • No Comment to " Pelajar Hilang Di Sungai Rajang "