• Pelacur Tembak Lelaki Tidak Bagus Dalam Oral Seks

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+


    SEORANG pelacur telah menembak seorang lelaki dengan dua das tembakan di kepala selepas mendapati lelaki itu `tidak bagus’ ketika melakukan oral seks.

    Marissa Wallen, 21, didakwa menyerang lelaki berusia 36 tahun itu di rumah mangsa di Washington ketika mereka sedang melakukan seks.

    Menurut polis, Marissa berasa sangat kecewa dengan teknik lelaki itu tetapi tidak tahu bagaimana untuk memberitahu lelaki berkenaan, lalu dia menembak lelaki terbabit.

    Mangsa kemudiannya dibiarkan di rumahnya dengan darah yang telah kering di kepala iaitu tiga hari selepas ditembak. Dia masih hidup tetapi tidak boleh bercakap.

    Lelaki itu dibawa ke hospital dengan dua peluru masih melekat di kepala. Dia memberitahu polis mengenai penembaknya itu menerusi isyarat tangan.

    Selain menembak lelaki itu, Marissa turut mencuri wang dan kredit kad milik lelaki terbabit.

    Marissa telah ditangkap dan dikenakan ikat jamin sebanyak $1 juta disebabkan dia sudah mempunyai 13 waran tangkap yang lain. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pelacur Tembak Lelaki Tidak Bagus Dalam Oral Seks "