• Peguam Negara Nafi Hakim Terima Arahan

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+

    Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali menekankan bahawa sistem kehakiman mahkamah tidak pengaruhi oleh pihak tertentu sebelum keputusan sesuatu kes dibuat.

    Ini adalah susulan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa sebaliknya apabila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka.

    “Sangat tidak bertanggungjawab untuk mendakwa sistem kehakiman negara tidak bebas dengan mengabaikan keputusan berimpak besar.

    “Selain itu, saya dan rakan juga tidak pernah menerima arahan daripada pihak luar atau memberi arahan kepada mana-mana hakim bawahan dalam membuat keputusan,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

    Sebelum ini bekas Menteri undang-undang mendakwa sistem kehakiman negara tidak bebas serta dipengaruhi oleh seksyen Jabatan Perdana Menteri.

    Mengulas lagi, Apandi berkata pendakwa raya di bawah jabatannya juga biasa mengalami kekalahan.

    “Tetapi kami sangat profesional dan tidak pernah mempertikaikan kebebasan sistem kehakiman negara,” katanya lagi. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " Peguam Negara Nafi Hakim Terima Arahan "