• Pegawai Kanan Istana Thailand Dipecat

    Published: Sunday, 12 November 2017
    A- A+


    BANGKOK -Seorang pegawai kanan istana Thailand dipecat kerana melakukan ‘perbuatan keji’ termasuk mengadakan hubungan sulit dan memaksa kekasih gelapnya itu menggugurkan kandungan, dalam kejadian terbaru melihat pembantu itu diberhentikan di bawah pemerintahan Raja Maha Vajiralongkorn.

    Vajiralongkorn, 65, yang menaiki takhta setahun lalu selepas kemangkatan bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej, dilaporkan memecat beberapa pegawai istana berpengaruh dari era pemerintahan lalu.

    Dalam kejadian terbaru, Distorn Vajarodaya pegawai kanan yang kerap dilihat bersama mendiang Bhumibol pada hujung pemerintahannya dilaporkan Gazet Diraja lewat semalam dilucutkan semua jawatan selain beberapa salah laku disenaraikan termasuk mengadakan hubungan sulit, memaksa kekasihnya menggugurkan kandungan sebelum memaksa wanita itu mengahwini lelaki lain selepas hamil kali kedua.

    Distorn turut dituduh ‘menggunakan nama Raja untuk mengelak pembayaran cukai dalam mengimport kenderaan asing’ bagi menggantikan kereta diraja yang mengalami kerosakan. – AFP/myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " Pegawai Kanan Istana Thailand Dipecat "