• PBB Tonggak Kemenangan BN - Annuar Rapaee

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+

    Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Nangka Dr Annuar Rapa’ee menegaskan bahawa PBB adalah tonggak kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.

    Justeru beliau mengingatkan sesiapa sahaja yang menjadi calon untuk Parlimen Lanang dan Sibu tidak seperti kacang lupakan kulit sekiranya berjaya merampas kembali kedua-dua kerusi daripada pembangkang, petik laporan Utusan Borneo.

    “Kita tidak mahu sejarah lama berulang di mana mereka menang (PRU), tetapi PBB tidak diingat, sedangkan tonggak kemenangan mereka adalah terletak di tangan PBB khususnya di Sibu.

    Ini kerana menurutnya, PBB akan pertahankan sesiapa sahaja yang akan diletakkan di kerusi berkenaan untuk mencapai kemenangan pada PRU akan datang dan kedua-dua calon haruslah bekerjasama.

    “Jangan sia-siakan perjuangan ahli PBB untuk memastikan kemenangan hanya kerana pergaduhan dan perbalahan tidak setuju siapa calon BN yang layak,"

    Tambahnya, beliau tidak mahu perjuangan dan sokongan yang telah diberikan oleh PBB menjadi sia-sia disebabkan tiada kesepakatan. - Sarawakiana
  • No Comment to " PBB Tonggak Kemenangan BN - Annuar Rapaee "