• PBB Sadong Jaya Sokong Nancy Dikekalkan

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+
    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sadong Jaya memberi sokongan 100 peratus agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dikekalkan sebagai calon bagi Parlimen Batang Sadong pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo.

    Menurut beliau, Nancy merupakan seorang Ahli Parlimen yang sangat berdedikasi membawa kemajuan di kawasan Parlimen Batang Sadong.

    "Komitmen yang ditunjukkan beliau dalam membawa pembangunan di DUN Sadong Jaya jelas dilihat dengan terbinanya Jambatan Batang Sadong.

    "Kita tidak pernah termimpi wujudnya Jambatan Batang Sadong, tetapi dengan kerjasama ADUN dan Ahli Parlimen di sini, ia dapat dibina sekaligus memberi banyak kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di kawasan luar bandar," katanya dipetik Utusan Borneo.

    Aidel berkata, jentera PBB DUN Sadong Jaya sudah bersiap sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sebaik sebaik sahaja PRU14 diumumkan nanti.

    Tambahnya, bilik gerakan juga sudah disediakan dan hanya menunggu semboyan dibunyikan untuk digerakkan. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PBB Sadong Jaya Sokong Nancy Dikekalkan "