• PBB Pantai Damai Nyatakan Sokongan Padu Kepada Abang Johari Terajui Parti

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+

    SANTUBONG: Ketua Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Cawangan N.4 Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi mewakili semua kepimpinan daripada 41 ranting dalam Pantai Damai sebulat suara menyatakan sokongan padu kepada Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sebagai presiden parti.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, selain sokongan padu kepada presiden parti, kepimpinan PBB Pantai Damai juga sebulat suara menyokong timbalan-timbalan presiden dan barisan tertinggi PBB yang lain.

    Beliau memberitahu, jentera PBB Pantai Damai telah berjaya memperolehi keputusan yang baik dalam dua pilihan raya yang lepas iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 dan Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.

    “Pada PRN 2016 jentera PBB Pantai Damai memperolehi 9,260 undi majoriti manakala pada PRU 2013 gabungan jentera PBB N.3 Tanjong Datu, N.4 Pantai Damai dan N.5 Demak Laut berjaya memperolehi hampir 18,000 majoriti undi bagi Parlimen Santubong.

    “Kedua-dua pilihan raya ini kita mendapat undi yang tinggi dan faktornya adalah kerana kita bekerja sebagai sebuah keluarga,” katanya di sini semalam.

    Menurut Dr Abdul Rahman, dalam masa terdekat ini akan ada satu lagi pilihan raya di mana Perdana Menteri dijangka mengumumkan PRU14 dalam masa terdekat ini.

    Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Elektrik, meminta semua ahli parti merapatkan lagi PBB untuk kecemerlangan Barisan Nasional (BN). – Sarawakiana

  • No Comment to " PBB Pantai Damai Nyatakan Sokongan Padu Kepada Abang Johari Terajui Parti "