• PBB Harus Bersatu, Jauhi Sikap Angkuh

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    BINTULU: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus bersatu memantapkan parti dan perlu menjauhi sikap angkuh.

    Perkara tersebut ditegaskan Setiausaha Agung PBB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom yang memberitahu ahli parti tidak harus bersikap angkuh dan sombong sebaliknya perlu berkhidmat secara rendah diri.

    “PBB merupakan sayap Bumiputera dan Pesaka yang memperlihat kesefahaman tiada tolok banding sehingga hari ini,” katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Beliau yang juga Ketua Penyelaras dan Ketua PBB Kemena merangkap pengerusi jawatankuasa pengelola Mesyuarat Perwakilan PBB Zon9 memberitahu, pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) PBB memenangi 40 kerusi (Dewan Undangan Negeri) yang mana kalau dalam parti, ahli boleh bercakap dengan kebanggaan tetapi di luar parti pula perlu bercakap dengan rendah diri.

    Menurutnya, sikap itu harus diamalkan ahli parti kerana sekiranya bersikap angkuh, mana-mana parti atau persatuan akhirnya berpecah kerana masing-masing besar kepala, tidak mahu mengalah.

    “Justeru, cawangan PBB Zon 9 terus memberi sokongan 100 peratus dan sentiasa berada di belakang presiden yang juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg supaya terus memimpin parti dan negeri ini,” ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PBB Harus Bersatu, Jauhi Sikap Angkuh "