• Patung Ronaldo 'Hodoh' Diganti Dengan Patung 'Hensem'

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    PATUNG gangsa 'bust' Cristiano Ronaldo yang sebelum ini dilabel hodoh dan dijadikan bahan ketawa telah digantikan dengan patung yang lebih menyerupai beliau.

    Patung berkenaan diletakkan di muzium kelab bola sepak, Real Madrid sempena penghormatan terhadap karier Ronaldo yang menakjubkan.

    Patung lama Ronaldo sebelum ini diukir oleh Emanuel Santos dan dikatakan lebih menyerupai bekas pemain kelab Sunderland, Niall Quinn.

    Patung baharu pula diukir oleh Jose Antonio Navarro Arteaga.

    Bercakap kepada media tempatan Sepanyol, El Mundo, Jose berkata beliau merujuk banyak foto Ronaldo untuk mendapatkan ukiran yang sempurna.

    "Apa yang saya mahu tampilkan adalah kekuatan dalaman Ronaldo, seperti dia sedang bersedia untuk membuat sepakan percuma atau sepakan sisi," kata Jose.

    Jose memberitahu beliau mengukir patung baharu Ronaldo selepas dirayu anaknya yang tidak meminati patung lama Ronaldo.

    Satu-satunya kritik yang diterima Jose adalah patung tersebut nampak terlalu 'real' dan menyerupai Ronaldo sebenar.

    Ronaldo yang gagal hadir dalam majlis pendedahan patung baharu berkenaan berjanji akan 'menebus kehadirannya'.

    Bintang Real Madrid berkenaan berjaya menyumbat satu gol ketika melawan Malaga dalam saingan La Liga, Sabtu lalu.

    -Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Patung Ronaldo 'Hodoh' Diganti Dengan Patung 'Hensem' "