• Pasukan Khas Negeri Jumpa Najib Runding MA63

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Pasukan Khas Negeri akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu penurunan kuasa dibawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Menurut Ketua Menteri Datuk patinggi Abang Johari Tun Openg, Sarawak tidak akan membincangkan isu hak dan autonomi dengan jawatankuasa teknikal itu melainkan Perdana Menteri atau menteri kanan yang berkuasa.

    "Kami mencadangkan Timbalan Perdana Menteri mengetuai pihak berkenaan," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Katanya, Pasukan Khas Negeri itu akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri dalam waktu terdekat ini.

    "Saya akan membuat pengumuman tertentu selepas berunding dengan Perdana Menteri nanti," ujarnya. - Sarawakiana


  • No Comment to " Pasukan Khas Negeri Jumpa Najib Runding MA63 "