• Pasaran Minyak Seimbang Pada Jun 2018

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    VIENNA – Pasaran minyak akan seimbang semula seawal-awalnya selepas Jun 2018, memberi kesimpulan bahawa ada keperluan OPEC melanjutkan pengurangan bekalan sepanjang tahun depan.

    Kesimpulan daripada wakil OPEC dan sekretariat kumpulan itu dibuat selepas pertemuan yang dibuat pada Khami dan Jumaat lalu, menurut sumber Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC).

    Selain itu, sokongan Rusia, pengeluar bukan OPEC turut memberikan isyarat bahawa negara tersebut juga menyokong lanjutan pengurangan bekalan minyak.

    Tetapi ia memberi isyarat konflik berhubung tempoh lanjutan selepas bahan bakar itu naik sehingga AS$60 setong, meningkatkan kebimbangan pasaran akan terlebih kawalan dan memacu kenaikan pengeluaran minyak syal dari Amerika Syarikat.

    Arab Saudi yang menerajui OPEC pula telah memberi isyarat mahu minyak diperdagangkan di sekitar AS$ 60 setong kerana negara itu sedang siap sedia untuk menyenaraikan syarikat minyaknya, Aramco dan masih berjuang dengan defisit fiskal yang besar.

    Rusia juga memerlukan harga minyak yang tinggi menjelang pemilihan presiden pada bulan Mac 2018.

    Tetapi pegawai di Moscow mengatakan mereka juga bimbang tentang mata wang ruble yang terlalu kuat, dikhuatiri akan menjejaskan daya saing ekonominya.

    “Senario terbaik adalah mencadangkan pengimbangan semula pasaran pada suku ketiga,” kata sumber OPEC.

    OPEC, Rusia dan sembilan lagi pengeluar telah mengurangkan bekalan minyak dunia sehingga 1.8 juta tong sehari sehingga suku pertama 2018 dan akan membuat keputusan untuk lanjutan semasa mesyuarat di Vienna pada 30 November ini.

    Perwakilan OPEC menyatakan lanjutan sembilan bulan adalah berkemungkinan walaupun sesetengah perwakilan dan Rusia mengatakan lanjutan enam bulan adalah pilihan.

    Harga minyak meningkat kepada hampir AS$ 65 setong, tertinggi sejak 2015, disokong oleh inventori yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bekalan berlebihan berterusan, menjadikan OPEC waspada terhadap kelemahan harga yang diperbaharui. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Pasaran Minyak Seimbang Pada Jun 2018 "