• PAS Sarawak Gesa BN Sarawak Henti Kempen Guna Jentera Kerajaan

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sarawak menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri berhenti menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Pengarah Lajnah Penerangan dan Media PAS Sarawak Syamsul Bahri Mohd berkata, sekiranya kerajaan BN benar-benar serius mengamalkan integriti dalam pentadbiran mereka seharusnya berhenti menggunakan penjawat awam dan kemudahan kerajaan lain.

    "Sekarang terpulang kepada mereka (kerajaan BN) untuk memastikan ‘orang’ berintegriti tinggi.

    "Semua orang boleh mengekalkan tahap integriti jika semua orang berhenti bermain politik wang semasa pilihan raya," katanya.

    Walaubagaimanapun, PAS Sarawak menyambut baik pendekatan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menitikberatkan nilai integriti tinggi dalam usaha berterusan memacu Sarawak lebih maju.

    "Integriti merupakan alat ‘pengawal’ untuk membangunkan sesebuah negara dan masyarakat," ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PAS Sarawak Gesa BN Sarawak Henti Kempen Guna Jentera Kerajaan "