• Parti Dayak dan Parti Malaya Jalin Kerjasama?

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+
    Apakah istilah parti pembangkang tempatan Sarawak sudah terhakis daripada ‘kamus’ Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) mula menjalinkan kerjasama dengan DAP.

    Ianya menimbulkan persoalan selepas Ketua Pemuda PBDSB Rapelson Richard Hamit menmdedahkan parti itu akan memberi laluan kepada calon DAP di kerusi parlimen Bintulu untuk menentang Datuk Seri Tiong King Sing.

    Dipetik Dayak Daily Rapelson berkata, sebagai balasan PBDSB berharap parti dari Malaya itu akan memberi laluan kepada presiden PBDSB Cobbold John untuk berhadapan dengan Datuk Masir Kujat di Parlimen Sri Aman.

    “PBDSB juga telah memutuskan untuk memberi laluan kepada Vernon Kedit dari Parti Keadilan Rakyat di Betong dan Ali Biju di Saratok.

    "Kami akan bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk peruntukan kerusi, jika tidak, mereka akan menuduh kami sebagai pemecah undi," kata Rapelson dipetik sebagai berkata

    Sebelum ini PBDSB sering mengkritik pembawaan politik Malaya terutama UMNO walhal parti tersebut tidak pernah masuk ke Sarawak.

    Namun sebaliknya berlaku apabila PBDSB yang sebelum ini lantang bersuara mengatakan parti mereka akan memperjuangkan hal ehwal rakyat Sarawak tetapi lebih mempercayai DAP untuk bertanding di negeri ini PRU14 nanti.

    Hakikatnya PBDSB tidak mampu untuk menjadi parti politik berteraskan negeri memandangkan tampak jelas tidak berupaya bergerak sendirian sehingga DAP menjadi tunjang utama merencana pergerakan PBDSB.

    Kesimpulannya, PBDSB hanya berpolitik untuk memberi peluang kepada DAP dan PKR dari Malaya dan bukan memperjuangkan kehendak masyarakat Dayak sebenar.

    Tindakan parti Dayak itu memang dijangka ramai pemerhati, kerana menyedari PBDSB tidak mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh untuk menggerakan jenteranya. Mahu tidak mahu terpaksa juga bergantung harap dengan parti milik orang Cina dari Malaya seperti DAP.

    Dalam politik, kerjasama seperti itu bukan satu kesalahan malah sudah menjadi kebiasaan dimana-mana pun. Cuma yang pelik bila mereka yang selama ini kuat bersorak atau berkokok di media sosial menolak politik dari Malaya, akhirnya terpaksa menelan pil pahit untuk mengubat ketidakupayaan diri.

    Sekarang waktu bergerak berkempen untuk meraih sokongan rakyat, jangan hanya menang sorak di media sosial. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Parti Dayak dan Parti Malaya Jalin Kerjasama? "