• Parlimen: KDN cadang JPA semak semula 13 elaun tambahan anggota polis

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar 13 cadangan elaun tambahan anggota polis berpangkat rendah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk semakan semula, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Masir Kujat berkata, cadangan tersebut bagi membantu anggota polis menangani masalah kos sara hidup.

    "Sekiranya diluluskan, ini akan membantu anggota yang bergaji rendah kerana setiap pangkat akan ada insentif yang diberikan," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di sini.

    Beliau menjawab soalan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) mengenai langkah yang diambil bagi membantu anggota polis berpangkat rendah menangani kos sara hidup.

    Masir berkata kerajaan juga sedang melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kebajikan anggota polis dan keluarga dijaga. - Bernama



    Subjects:

  • No Comment to " Parlimen: KDN cadang JPA semak semula 13 elaun tambahan anggota polis "