• Palestin Beku Pertemuan Dengan AS

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    RAMALLAH: Palestin membekukan semua pertemuan dengan Amerika Syarikat (AS) selepas pejabat perwakilan mereka di Washington ditutup.

    "Apa gunanya mengadakan sebarang pertemuan dengan mereka apabila mereka menutup pejabat kami?

    "Mesyuarat kami bermula dari pejabat dan urusan dibuat dari sana.

    "Secara praktiknya dengan menutup pejabat, mereka membekukan semua pertemuan dan kami menjadikan hal itu sesuatu yang rasmi," kata Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki.

    Seorang jurucakap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengesahkan, ia menerima arahan daripada Presiden Mahmud Abbas 'berkaitan menutup semua hubungan komunikasi dengan AS.'

    PLO, yang dilihat masyarakat antarabangsa mewakili semua rakyat Palestin, perlu mendapatkan kelulusan mengendalikan premis di ibu kota AS, yang diperbaharui Jabatan Negara setiap enam bulan.

    Jabatan itu menolak permohonan Palestin memperbaharui permit, minggu lalu.

    Konsulat AS di Baitulmaqdis enggan mengulas perkara itu, namun merujuk pada satu kenyataan Sabtu lalu yang menyebut, penutupan itu diharap bersifat sementara.

    "Kami bukan memutuskan hubungan dengan PLO," sebut kenyataan itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Palestin Beku Pertemuan Dengan AS "