• Padah Menelan Pemetik Api, Perut Seorang Lelaki Bocor Serta-Merta

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Doktor-doktor di Florida terkejut dengan penemuan di dalam perut seorang pesakit. Sebelum itu, pesakit lelaki yang berusia 49 tahun itu telah mengadu perutnya sakit.

    Pesakit itu juga mempunyai penyakit mental yang agak serius yang dikenali sebagai penyakit skizofrenia. Dia telah datang sendiri ke unit kecemasan di University of Florida College of Medicine.

    Pihak kesihatan melakukan pemeriksaan terhadap pesakit dan mendapati terdapat pemetik api di dalam perutnya. Para doktor kemudian melakukan pembedahan untuk mengeluarkan benda asing tersebut. Ternyata benda tersebut ialah sejenis pemetik api.

    Cecair yang dikeluarkan oleh pemetik api itu telah merosakkan sistem badan di dalam perut sehingga boleh menyebabkan perut dia sakit. Para doktor kemudian mengeluarkan pemetik api itu supaya perut pesakit mempunyai masa untuk pulih.

    Dua bulan kemudian, pesakit itu kembali lagi untuk membuat pemeriksaan. Doktor dapati kebocoran di dalam perut pesakit dilihat semakin tertutup. Kes ini telah dilaporkan dalam Case Reports in Emergency Medicine.

    Di dalam laporan berkenaan turut dijelaskan juga bahawa pesakit yang menghidapi penyakit skizofrenia memiliki kecenderungan untuk menelan benda-benda asing.

    Menelan pemetik api bukan kes yang pertama pernah dihadapi oleh pakar tetapi kebocoran yang dialami pesakit merupakan penemuan yang pertama kali. Ahli gastroenterologi, Dr. Ashim Shuja, menjelaskan bengkak di dalam perut kerana benda asing bukanlah kejadian yang selalu terjadi.

    Dia juga pernah memeriksa pesakit yang menelan sudu dan pisau cukur tetapi tidak seteruk pesakit ini.-taikotai.tv

    Subjects:

  • No Comment to " Padah Menelan Pemetik Api, Perut Seorang Lelaki Bocor Serta-Merta "