• Nuing Dipilih Sebagai Senator Dewan Negara

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+



    Ahli Majlis Tertinggi PBB Dr Nuing Jeluing dipilih sebagai Senator Dewan Negara selepas mendapat undi terbanyak pada pemilihan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

    Dr Nuing yang juga merupakan ketua cawangan PBB Kakus telah diumumkan sebagai senator oleh Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar selepas beliau mendapat 69 undi manakala Nicholas Bawin Anggat hanya menerima 10 undi.

    Memetik laporan Utusan Borneo, pencalonan Dr Nuing telah dicadangkan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan disokong Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol manakala pencalonan Nicholas dicadangkan Pengerusi PKR Negeri Baru Bian dan disokong oleh Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen.

    Pelantikan tersebut adalah bagi menggantikan kekosongan jawatan berkenaan daripada Datuk Lihan Jok yang telah berkhidmat sebagai senator selama dua penggal dan berakhir pada 7 Disember 2017.-Sarawakiana
  • No Comment to " Nuing Dipilih Sebagai Senator Dewan Negara "