• Negara Stabil Mampu Tarik Lebih Ramai Pelancong

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+

    Negara yang baik tanpa pergolakan serta stabil politik semasanya mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negara ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Isa Abdul Samad.

    Beliau berkata jika berlaku kekecohan di negara ini, ia boleh menakutkan pelancong dan menjejaskan sektor pelancongan yang akhirnya akan mengambil masa untuk memulihkan persepsi mereka yang ingin berkunjung.

    “Oleh itu, saya percaya bahawa kestabilan di dalam negara amat penting bagi sektor pelancongan untukmembina keyakinan kepada pelancong terutama dari luar negara.

    “Perubahan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengambil pendekatan untuk membangunkan negara dari segi pengangkutan juga merupakans sesuatu yang kita boleh banggakan keranadapat menarik pelancong,” katanya, lapor Bernama.

    Beliau berucap demikian pada Majlis Jalinan Mesra MATTA (Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) Negeri Sembilan Chapter di sini, malam tadi.

    Turut hadir Pengerusi MATTA Negeri Sembilan Chapter Mohd Azri Abd Razak serta Pengarah PejabatKementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sembilan Yusnaliza Md Yusop.

    Selain infrastruktur yang lengkap serta pembangunan yang pesat, pemain industri seperti MATTAseharusnya membuat promosi hingga ke luar negara untuk menimbulkan minat pelancong berkunjung, lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, katanya.-suaratv

    Subjects:

  • No Comment to " Negara Stabil Mampu Tarik Lebih Ramai Pelancong "