• Nama Bapa Biologi Anak Tidak Sah Taraf Disaran Tambah Nama ‘Abdullah’

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+


    Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, dengan menambahkan nama-nama tersebut membolehkan si anak dianggap berbin atau berbintikan nama bapa kandung yang juga mempunyai persamaan dengan nama “Abdullah” apabila anak itu didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai anak tidak sah taraf.

    “Inilah sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan oleh si ayah untuk anaknya yang terhasil dari hubungan dengan si ibu sebelum mereka menikah.

    “Namun usaha menambahkan nama si bapa ini perlu dilakukan segera terutama sebelum si anak memasuki alam persekolahan,” katanya.

    Beliau berkata demikian sebagai panelis di Forum Bicara Ilmiah 2.0: “Anak Tidak Sah Taraf” anjuran Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Nama Bapa Biologi Anak Tidak Sah Taraf Disaran Tambah Nama ‘Abdullah’ "