• Najib Ziarah Rumah Penoreh Getah Di Pokok Sena

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    ALOR SETAR: Di sebalik jadual lawatan kerja yang padat di Kedah hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa melawat rumah seorang penoreh getah di Kampung Belukar, Pokok Sena dekat sini, petang ini.

    Najib, yang diiringi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, tiba di rumah Mansor Salleh, 60, yang menjadi penoreh getah sejak 30 tahun yang lalu.

    Sebaik tiba, perdana menteri meninjau keadaan rumah Mansor yang agak uzur selain turut menyampaikan sumbangan Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) kepada keluarga tersebut.

    Turut serta dalam lawatan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin, Sementara itu Mansor berkata beliau amat bersyukur apabila pemimpin nombor satu negara itu sudi berkunjung ke rumahnya, satu perkara yang tidak pernah terfikir akan berlaku,dan akan menjadi kenangan seumur hidupnya.

    “Saya dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang beliau (Najib) akan melawat saya di rumah ini, ini satu penghargaan amat besar sepanjang hidup saya,” katanya yang mempunyai tujuh anak berusia lapan hingga 31 tahun.

    Mansor berkata dia dan keluarganya sudah tinggal hampir 30 tahun di rumah itu dan memaklumkan keadaan rumahnya agak usang selain hanya mendapatkan bekalan air melalui telaga berdekatan. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ziarah Rumah Penoreh Getah Di Pokok Sena "