• Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas CEO JCorp

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang meninggal dunia petang semalam.

    “Takziah kepada keluarga Allahyarham TS Muhammad Ali Hashim. Banyak jasa beliau kepada JCorp dan sektor korporat, moga roh dirahmati. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Twitter, malam ini.

    Muhammad Ali, 70, meninggal dunia di Hospital KPJ Damansara kira-kira 3.30 petang.

    Menurut anggota keluarga terdekat, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak dua bulan lepas kerana menghidap barah. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas CEO JCorp "