• Najib Puji Kerjasama Kerajaan Persekutuan & Negeri Tangani Isu Mangsa Banjir

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    SEBERANG PERAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam meringankan beban dan membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang.

    Najib pada sidang akhbarnya di pusat pemindahan banjir Sekolah Agama Rakyat Al Riduan, Nyor Sebatang, Tasek Gelugor di sini sebentar tadi berkata, kerjasama erat itu merupakan satu contoh terbaik kepada negeri lain sekiranya dilanda musibah seperti yang sedang berlaku di negeri itu.

    Terdahu Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tiba pukul 12.30 tengah hari telah melawat kira-kira 280 mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan berkenaan. - K! ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Najib Puji Kerjasama Kerajaan Persekutuan & Negeri Tangani Isu Mangsa Banjir "