• Najib Lancar Pangkalan Data Penerima Bantuan Kerajaan, Scenic

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan inisiatif dalam talian SME Central Incentives System (Scenic) yang bertindak sebagai pangkalan data pusat bagi penerima bantuan kerajaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) ke-23 di sini.

    Perdana Menteri berkata, Scenic bakal menjadi rujukan penting bagi mengelakkan pertindihan dan mengoptimakan sumber kerajaan.

    “Ini merupkakan pangkalan data bersepadu bagi penerima bantuan kerajaan di bawah program pembangunan PKS yang dilaksanakan oleh kementerian dan agensi.

    “Melalui inisiatif ini, saya berharap agar setiap kementerian dan agensi dapat mengelakkan pertindihan pemberian bantuan kepada PKS serta memastikan pengagihan sumber secara lebih optimum,” katanya ketika mempengerusikan MPPK ke-23 di sini hari ini.

    Selain melancarkan Scenic, Najib turut melancarkan drama mini bersiri Chor dan Chah Musim Kedua yang turut menyediakan maklumat dalam bentuk drama berkenaan keusahawanan kepada PKS di Malaysia. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Najib Lancar Pangkalan Data Penerima Bantuan Kerajaan, Scenic "