• Najib dan Rosmah Lawat Anwar Di Hospital

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau yang memuatnaik gambar lawatan tersebut menerusi laman Facebooknya turut mendoakan agar Anwar cepat sembuh.

    “Semoga beliau cepat pulih,” katanya

    Netizen yang membaca status garis masa Najib turut mendoakan kesihatan Anwar.

    Ketika lawatan tersebut, Anwar kelihatan ceria ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden PKR.

    Pada 12 November, Anwar menjalani pembedahan bahu kanan susulan terlibat dalam kemalangan ringan pada 22 September lalu.

    Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabitkan kesalahan liwat. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Najib dan Rosmah Lawat Anwar Di Hospital "