• Nadal Terima RM58,000 Susulan Kes Menteri Sukan

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    LONDON: Pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal memenangi tuntutan kerosakan berjumlah AS$14,000 (RM58,000), semalam selepas mahkamah Perancis memihak kepadanya berikutan komen yang dibuat oleh seorang bekas Menteri Sukan.

    Tahun lalu Nadal mengumumkan dia akan menyaman Roselyne Bachelot yang juga bekas Menteri Sukan Perancis susulan komen yang dibuat ketika temu ramah di televisyen dengan menuduhnya menggunakan bahan terlarang pada 2012.

    Pemain Sepanyol itu yang mengakhiri musimnya, Isnin lalu selepas tewas kepada David Goffin pada Pusingan Akhir ATP menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan dan menafikan melakukan sebarang kesalahan.

    Nadal berkata, dia akan menderma wang yang diperolehnya itu kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan Perancis.

    "Seperti yang anda boleh lihat di media, hari ini adalah hari yang gembira bagi saya, pasukan saya dan juga peminat saya," kata pemenang 16 gelaran Grand Slam itu dalam satu kenyataan.

    "Keadilan Perancis sudah menyelesaikan kes itu demi kejujuran dan integriti saya sebagai atlet. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang mempercayai saya." - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Nadal Terima RM58,000 Susulan Kes Menteri Sukan "