• Myvi Baharu Dibuka Untuk Tempahan Esok

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengumumkan tempahan Myvi serba baharu akan dibuka esok di kesemua pusat pameran syarikat automotif itu di seluruh negara.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, Myvi baharu itu berharga di antara RM44,300 hingga RM55,300 sebuah.

    Beliau berkata, Myvi serba baharu melambangkan segala pendirian Perodua yang mengutamakan keselamatan dan ciri-ciri yang memudahkan pemanduan.

    “Model ini dilengkapi enjin 1.3 liter dan 1.5 liter dan merupakan kenderaan cekap tenaga EEV.” Katanya. - UTUSAN ONLINE.

    LOGO Myvi baharu yang dilancarkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh di Kuala Lumpur, hari ini.

    - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Myvi Baharu Dibuka Untuk Tempahan Esok "