• Myanmar, Bangladesh Setuju Penduduk Rohingya Kembali Ke Rakhine

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Myanmar dan Bangladesh meterai perjanjian untuk membenarkan ratusan penduduk etnik Rohingya kembali ke Rakhine.

    Dalam satu kenyataan, Bangladesh mengesahkan proses kepulangan pelarian dijangka bermula dalam tempoh dua bulan lagi.

    Perjanjian itu diumumkan kerajaan junta, tanpa mendedahkan butiran lanjut.

    Kedua-dua pihak dilaporkan sedang memuktamadkan butiran perjanjian berkenaan.

    Sementara itu, pejabat pemimpin Aung San Suu Kyi memaklumkan perjanjian menggunakan formula sama dengan 1992.

    Dianggarkan 620,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar dan memasuki Bangladesh sejak 25 Ogos susulan operasi ketenteraan di Rakhine.

    Krisis berkenaan disifatkan satu operasi pembersihan etnik oleh junta Myanmar.

    Etnik Rohingya yang dilabel paling malang di dunia, berdepan diskriminasi berpanjangan dari Myanmar, termasuk tidak diperakukan sebagai warganegara. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Myanmar, Bangladesh Setuju Penduduk Rohingya Kembali Ke Rakhine "