• Murid Kena 'Tomoi' Ustaz Sekolah

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    BALING: Sejak semalam, rakaman video seorang murid menerima hukuman dipukul seorang lelaki berkopiah dipercayai seorang guru di sebuah sekolah di daerah ini tular di media sosial.

    Video berdurasi satu minit empat saat itu menunjukkan salah seorang pelajar ‘ditomoi’ menggunakan tangan dan lutut bahagian kaki di beberapa anggota badannya.

    Tidak diketahui punca sebenar kejadian, namun mangsa berbaju melayu merah itu dipercayai terlibat dalam satu kes salah laku.

    Turut kelihatan beberapa pelajar lain hanya mampu menyaksikan mangsa diperlakukan sedemikian.

    Insiden itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

    Ada yang beranggapan tindakan itu keterlaluan namun terdapat juga netizen mempertahankan hukuman berkenaan.

    Mynewshub difahamkan video kejadian merupakan insiden lama dan pernah dimuat naik empat tahun lalu di saluran YouTube.

    Manakala guru dari Sekolah Agama Yayasan Khairah terbabit telah pun dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.–MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Murid Kena 'Tomoi' Ustaz Sekolah "